SUARA MESTIKA MENJULANG MARTABAT SEGA SMK Seri Gading Batu Pahat, Johor telah menjadi naib johan dalam Pertandingan Koir Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Normal Baharu Dalam Talian Tahun 2020 yang diadakan pada 10 Disember 2020 melalui kumpulan koir sekolah yang dikenali sebagai Suara Mestika.
Selain menjadi naib johan, SEGA yang mewakili negeri Johor dengan mempersembahkan lagu Tanah Pusaka juga telah meraih Anugerah Pingat Emas dan Anugerah Khas Juri. SEGA diwakili oleh 16 orang peserta koir bersama 4 orang guru pengiring, Cikgu Lina Syalina Sahlan, Cikgu Norhafizah Jalil, Cikgu Hamimmasriah Sairin dan Cikgu Hjh Salwah bt Dawar selaku Ketua Kontinjen.
Pertandingan Koir Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 merupakan sebuah pertandingan dalam talian anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia dan dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).
Program ini dikendalikan oleh Sektor Pembangunan Murid (Unit Pembangunan Bakat Murid) dengan kerjasama Sektor Sumber Teknologi Pendidikan JPN Selangor.
Sebanyak 12 pasukan yang mewakili JPN masing-masing dengan menampilkan persembahan yang mantap dan hebat.
Pertandingan ini telah diadakan secara 'live' di laman facebook Kesenian, Unit Pembangunan Bakat Murid, JPN Selangor.
Kudos to SEGA !
Barisan peserta : Muhammad Fahmi Adha Sakiran, Amir Imran Izzat Mohd Amirudin, Muhammad Aiman Hakim Roszaimi, Mohamad Haikal Aiman Abdullah, Muhammad Rafizie Rosman, Muhammad Harris Haikal, Nur Ainaa Nabihah, Nur Aliah Mohd Sazali, Aqiera Adrieani Khairul Fauzi, Nur Balqis Mohd Sharil, Nur Ili Shafiqah, Nur Faqihah Nadhirah, Nur Sabrina Yusli, Nur Afifah Salam, Anashtasia Zulaika Azhaari dan Siti Fatimah Zaini...