Berita Hangat ! Selamat datang ke laman web SEGA
Showing posts with label featured. Show all posts

 

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

 

     Edisi Bahasa Malaysia

 

Tanggal 24 Januari 2020 yang lalu, SMK Seri Gading telah mengadakan sebuah Majlis Sambutan Maulidurrasul bagi tahun ke 1441 Hijrah atau 2020 Masihi. Majlis sambutan ini bertujuan menyemai rasa cinta dan kasih pelajar kepada baginda Rasulullah S.A.W. dan menghargai pengorbanan baginda yang tidak ternilai kepada umat Islam. 

 

Majlis dimulakan dengan acara perarakan guru serta para pelajar ke Dewan Sri Gemilang dengan berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad S.A.W. Bagi memberkati majlis, Ustaz Abd Rahim bin Yacob telah memimpin bacaan doa. 

 

 

Seterusnya, majlis disemarakkan lagi dengan Persembahan Qasidah dari Kumpulan Shautun Al Kawakib di bawah bimbingan Ustazah Zainab binti Nan. Kumpulan Qasidah Shautun Al Kawakib yang menjadi kebanggaan warga SEGA ini kerapkali dijemput untuk membuat persembahan di sekitar daerah Batu Pahat.

 

Majlis turut diserikan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abd Wahid bin Ibrahim dengan tajuk Negara Rahmah Ummah Sejahtera. Ustaz Abd Wahid menekankan peranan pelajar dalam membina ummah sejahtera dengan pendekatan 'rahmah' yang membawa maksud 'kasih sayang'.

 

Cukup menarik lagi, SMK Seri Gading telah memilih pelantaran majlis penuh barakah ini untuk menyampaikan penghargaan kepada bekas pelajar-pelajar SEGA yang telah sudi berkongsi pengalaman mereka bersama pelajar Tingkatan 5 bagi program "Giving Back to School".

Sementelahan, majlis diteruskan dengan sesi kuiz Maulidur Rasul yang dikendalikan oleh Ustaz Akhdiat bin Alrazi bersama para pelajar. Soalan-soalan yang diajukan bertemakan kehidupan baginda Rasulullah 
S.A.W. 

 

Usai program ini, pelajar dijamu dengan hidangan yang telah disediakan oleh barisan guru-guru SEGA. Budaya atau amalan sunnah makan dalam talam dipraktikkan pada hari ini bagi mempraktikkan sunnah hidup berjema’ah.

 

Semoga Allah S.W.T memberkati dan meredhai usaha warga SEGA dalam perjuangan menghidupkan roh perjuangan Rasulullah S.A.W. Inshallah

 

 

     English Edition

 

On the 24th of January 2020, SMK Seri Gading has celebrated a Maulidrrasul Ceremony for the year of 1441 Hijriah. The ceremony is conducted to promote love towards the Prophet Muhammad PBUH amongst the students. It is also hoped that the ceremony would help students recognise the Prophet's sacrifice for the ummah.

 

The ceremony begun with a recitation of salawat or prayer on the Prophet by the teachers and students at Dewan Sri Gemilang. To bless the ceremony, Ustaz Abdul Rahim bin Yacob led the dua recitation.

 

Next, the ceremony is blessed with a lovely Qasidah performance by the school's renowned Qasidah group, the Shautun Al Kawakib under the tutelage of  Ustazah Zainab binti Nan. This group is our school's pride and joy having performed for various ceremonies in Batu Pahat.

 

Subsequently, the ceremony is continued with a sermon by Ustaz Abdul Wahib bin Ibrahim on the topic of 'Building a Prosperous Ummah through Rahmah'. The ustaz stressed on the importance of the students' role to achieve this goal with compassion.

 

Even more interesting, the school has chosen to use this platform to show appreciation towards a couple of the school's ex-students that have shared their experience with the current Form 5 students through the 'Giving Back to School' programme.

 

Afterwards, the ceremony is continued with a Maulidurrasul Quiz for the students themed around the beautiful life of the Prophet Muhammad PBUH. The quiz is conducted by Ustaz Akhadiat bin Alrazi and other Religious Ed. teachers.

 

After the programme has ended, the students are served with delicious delicacies prepared by the teachers of SMK Seri Gading. The 'sunnah' or tradition of sharing a meal is practiced to encourage the practice of togetherness. 

 

May Allah bless the students and teachers' effort to enliven and to follow the footstep of  the Prophet Muhammad PBUH. Inshallah. 

 

 

Galleri:

 

Photo Gallery:

 

Ucapan Tuan Pengetua, Bacaan doa dan Ceramah

 

 

Persembahan Qasidah

 

 

Penyampaian penghargaan kepada bekas pelajar SEGA

 

 


 Quiz Maulidurrasul



 Suasana sekitar majlis I




 Suasana sekitar majlis II

 

 

 

 

 

 

 

Edisi Bahasa Melayu

Kejohanan Merentas Desa

Kejohanan Merentas Desa SMK Seri Gading Kali Ke-39 telah berlangsung pada jam 9.00 pagi hari Khamis, 16 Januari 2020. Kejohanan yang bertemakan 'Prodigious Agility' atau 'Ketangkasan Unggul' ini melibatkan semua warga SEGA dan telah dijuarai oleh pasukan Universiti Sains Malaysia atau Rumah Oren.

                Terdapat enam kategori yang dipertandingkan bagi Kejohanan Merentas Desa ini iaitu:
    • Lelaki A: 17-16 tahun - Trek 8 KM
    • Perempuan A: 17-16 tahun - Trek 4.5 KM
    • Lelaki B: 15-14 tahun - Trek 6 KM
    • Perempuan B: 15-14 tahun - Trek 4.5 KM
    • Lelaki C: 13 tahun - Trek 6 KM
    • Perempuan C: 13 tahun - Trek 4.5 KM

                Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori bersama masa yang dicatat: 
    • Lelaki A: Muhamad Ainul Wafiy bin Mohd Fauzi (20.00 min) Pasukan UPM (HIJAU)
    • Perempuan A: Aini Farhana binti Mohd Shukor (21:58) Pasukan UKM (MERAH)
    • Lelaki B: Nur Aiman Shah bin Marhalim (17.04 min) Pasukan UM (UNGU)
    • Perempuan B: Nur Qistina Najwa binti Asmarashid (18:46) Pasukan UPM (HIJAU)
    • Lelaki C: Harith Muzzaffar bin Mohd Yazdi (18.48 min) Pasukan USM (OREN)
    • Perempuan C: Siti Murnilyana binti Mazlan (20.45) Pasukan UTHM (KUNING)


Pertandingan Sukantara


Manakala pada 20-21 Januari 2020, sebuah pertandingan sukantara telah diadakan bagi tiga acara bagi setiap kategori iaitu balapan 100m, lontar peluru dan lompat jauh.  Saringan kelayakan dilaksanakan bagi setiap acara dengan matlamat untuk mengumpul mata bagi setiap rumah sukan. 

Pemilihan atlet bagi mewakili rumah sukan dalam Kejohanan Balapan dan Padang serta Acara Sukan Kecil turut dilaksanakan oleh guru ketua-ketua rumah sukan. 

Berikut adalah kedudukan dan kutipan mata/markah keseluruhan bagi Pertandingan Sukantara:
    • Johan: Pasukan USM (OREN): 413 mata
    • Ke-2 : Pasukan UTHM (KUNING): 394 mata
    • Ke-3 : Pasukan UPM (HIJAU) 384 mata
    • Ke-4 : Pasukan UTM (BIRU) 350 mata
    • Ke-5 : Pasukan UPM (MERAH) 319 mata
    • Ke-6 : Pasukan UM (UNGU) 304 mata
Sepanjang pelaksanaan kedua-dua acara mega ini, semua warga SEGA, terutama para pelajar telah menunjukkan semangat kesukanan dan juang yang amat tinggi dan terpuji. Walaupun terdapat kekangan cuaca yang tidak menentu, sorakan serta kegirangan pelajar tidak luntur. Semoga usaha murni warga SEGA untuk menyemai kesedaran dalam kepentingan sukan bagi meningkatkan kecemerlangan murid diberkati dan dirahmatiNya. Inshallah. 


English Edition


Cross Country Tournament


SMK Seri Gading's 39th Cross Country Tournament had been conducted at 9.00 a.m. on Thursday, the 16th of January 2020. The tournament with the theme of 'Prodigious Agility' had involved all the teachers and students of SEGA. It was won by the University of Science, Malaysia or the Orange sports house.

                Overall, there were six categories contested in the Cross Country Tournament:
    • Male category A: 17-16 years - 8 KM track
    • Female category A: 17-16 years - 4.5 KM track
    • Male category B: 15-14 years - 6 KM track
    • Female category B: 15-14 years - 4.5 KM track
    • Male category C: 13 years - 6 KM track
    • Female category C: 13 years - 4.5 KM track

                The following are the winners for each category:
    • M-A: Muhamad Ainul Wafiy bin Mohd Fauzi (20.00 mins) UPM (GREEN)
    • F-A: Aini Farhana binti Mohd Shukor (21:58 mins) UKM (RED)
    • M-B: Nur Aiman Shah bin Marhalim (17.04 mins) UM (PURPLE)
    • F-B: Nur Qistina Najwa binti Asmarashid (18:46 mins) UPM (GREEN)
    • M-C: Harith Muzzaffar bin Mohd Yazdi (18.48 mins) USM (ORANGE)
    • F-C: Siti Murnilyana binti Mazlan (20.45 mins) UTHM (YELLOW)


Pre-sport (Qualifying rounds)


Meanwhile, on the 20th-21st of January, the Pre-Sport events or the qualifying rounds were conducted for three events of each categories. The categories are 100m sprint, long jump, and shot put throw. The qualifying rounds are meant to collect points for each sports house.

Athlete selection to represent the sports house in the upcoming school's Sports Championship i.e. Tracks and Field events is also conducted by the head of the sports house. 

The following are the points collected by the sports houses throughout:
    • 1st place: USM (ORANGE): 413 points
    • 2nd place: UTHM (YELLOW): 394 points
    • 3rd place: UPM (GREEN) 384 points
    • 4th place: UTM (BLUE) 350 points
    • 5th place: UPM (RED) 319 points
    • 6th place: UM (PURPLE) 304 points
Throughout these mega events, all SEGARIANS, especially the students, has exhibited admirable sportsmanship and high spirit. Despite the unfavourable weather conditions, the students' great excitement and spirit did not fade. May our sincere efforts to inculcate awareness on the importance of sports in enhancing students' holistic excellence is blessed. May Allah ease.

Galeri I/ Gallery I

Tuan Pengetua bersama Cikgu Kassim
Poster kejohanan
Rumah Hijau, Ungu, dan Merah
 Rumah Oren, Biru, dan Kuning
Pelajar sesi petang di Dewan Sri Gemilang
BBSM beraksi
Pegawai-pegawai kejohanan
Petugas 'check point'
candid

Galeri II/ Gallery II: Link Galeri Sukantara (Facebook SEGA)





Image result for sejarah smk seri gading
SEJARAH SMK SERI GADING

Sejarah pembukaannya pada tahun 1978, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Parit Haji Hassan (Sekolah Menengah Tun Ismail ll) kerana ia dijadikan cawangan Sekolah Menengah Tun Ismail, Parit Raja. Dengan itu, pentadbirannya diletakkan di bawah kelolaan Pengetua Sekolah Menengah Tun Ismail iaitu En. Rashid bin Haji Ramlan. En. Salihon bin Simin, salah seorang guru Sekolah Menengah Tun Ismail telah dilantik menjadi penyelia sekolah ini sehingga seorang pengetua dilantik.

Nama Sekolah Menengah Rendah Parit Haji Hassan diambil sempena nama kampung yang terletak berhadapan dengan sekolah ini iaitu Kampung Parit Haji Hassan. Tokoh yang telah membuka kampung ini ialah Tuan Haji Hassan bin Haji Saad atau yang juga dikenali dengan nama Tuan Haji Hassan bin Basri.

Sekolah ini memulakan sesi persekolahan pada 4 Januari 1978 dengan 284 pelajar dan 16 orang tenaga pengajar. Sebanyak enam kelas tingkatan satu dan satu kelas peralihan telah dibuka. Pada tahun penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai dua blok bangunan sahaja yang mengandungi bengkel seni perusahaan, makmal, bilik jahitan, bilik masakan, bilik darjah dan kantin. Mata pelajaran asas dan praktikal termasuk Sains Pertanian, Sains Rumah Tangga dan Seni Perusahaan.

Sekolah Menengah Rendah Parit Haji Hassan telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Datuk Haji Kamaruddin D.P.M.S.A.M.N. , Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada hari Selasa 22 September 1981. Pada tahun 1984 tiga blok bangunan tambahan telah dibina bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Blok-blok tersebut mengandungi bilik darjah, makmal, bilik jahitan, bilik pengurusan diri, bilik sakit dan perpustakaan.

Sesi 1991/1992 Sekolah Menengah Parit haji Hassan telah menempa sejarah kerana bermulanya tingkatan empat sebanyak dua kelas. Tingkatan empat aliran Sastera telah dibuka dengan jumlah pelajar seramai 81 orang. Pada sesi 1992/1993, dua kelas tingkatan lima dengan 73 orang pelajar menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat pertama kalinya. Sekolah ini sekali lagi menempa sejarah apabila sesi persekolahan tahun 2000, satu kelas Tingkatan Empat Sains telah dimulakan. Seramai 23 orang pelajar telah menjadi perintis.

Pada akhir tahun 1999 asrama sekolah telah siap dibina yang mengandungi dua blok bangunan tiga tingkat (asrama putera dan puteri), satu blok dewan makan dan sebuah surau. Tujuannya adalah untuk menempatkan pelajar-pelajar Rancangan Khas dari kawasan berhampiran. Program ini telah dimulakan pada sesi persekolahan pada tahun 2000 dengan membuka dua kelas Rancangan Khas dan melibatkan lebih kurang 100 orang pelajar. Bermula pada bulan Februari 2001, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading atas persetujuan antara pihak pengurusan atau pengelola sekolah dengan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG).

Bagi menaik taraf kemudahan dan prasarana SMK Seri Gading, beberapa pembaharuan landskap telah mula dilaksanakan. Dewan Seri Gemilang telah dibina pada bulan November 2015 dan digunakan secara rasmi pada Jun 2016. Bilik Pendidikan Khas telah dinaik taraf mulai November 2014 dan telah digunakan mulai Jan 2015. Bilik Pusat Latihan Daerah/PLD pada Februari 2015 untuk Program JDT dan FAM Junior. Bilik Kaunseling dan Anjung Kaunseling dipindahkan di laluan utama bersebelahan kantin pada Jun 2016. Penambahan fungsi penggunaan bumbung belakang bilik seminar menjadi bilik darjah luar kelas mulai Jun 2016.

Bengkel Kemahiran Hidup dinaik taraf menjadi Bilik Seminar mulai Julai 2017. Makmal komputer dinaik taraf fungsinya pada tahun 2017. Perpindahan Bilik Mesyuarat ke Blok A mulai Mei 2017, Bilik Operasi Peperiksaan dipindah dan dinaik taraf ke Blok A pada Julai 2017. Pada tahun 2018, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SEGA mendapat kemudahan bilik baru iaitu Dapur Pendidikan Khas (DPK) yang terletak bersebelahan dengan bilik Seminar. DPK ini mula dibina pada bulan Disember 2017 dan mula beroperasi pada Januari 2018. Selain itu, bangunan koperasi telah berpindah bangunan baru di bahagian belakang di antara blok D dan DPK. Koperasi turut membina satu bangunan baru bersebelahan dengannya sebagai kedai percetakan dan setor barang-barang koperasi SEGA.

Copyright © 2020 SMK SERI GADING | Unit ICT