Berita Hangat ! Selamat datang ke laman web SEGA

IKRAR DAN LAGU SEKOLAH



IKRAR PELAJAR

Bahawa kami,
pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri gading berikrar,
akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami,
untuk merealisasikan visi dan misi sekolah,

Kami juga berikrar,
akan sentiasa mematuhi peraturan sekolah,
berpegang teguh kepada agama,
taat dan patuh kepada kedua-dua ibu bapa,
menghormati guru-guru dan warga sekolah yang lain,
serta menjaga nama baik sekolah pada setiap masa.

Kami juga berikrar,
untuk menjadi pelajar cemerlang,
dalam akademik, kokurikulum
dan sentiasa berdisiplin,
berakhlak mulia,
berguna kepada keluarga,

bangsa dan negara.


*********************************

LAGU SEKOLAH 

                                                                      SMK Seri Gading
Lambang cita dan misi kami
Ke arah sekolah unggul jana
Generasi cemerlang
Gemilang dan terbilang

Sains dan teknologi
Bersukan dan juga ICT
Tekun gigih kami terokai
Bangunkan insan berpotensi
Pendidikan berkualiti
Berus’ha berjaya berjasa
Pegang teguh cogan kita
Pada masyarakat dan negara
Ibu bapa keluarga tercinta
Curah bakti janji setia

Kejayaan tak mungkin tercapai
Tanpa usaha panduan guru
Jasa baktimu tak akan kuabai
Demi kejayaan diburu
Dengan semangat satu Malaysia

SMK Seri Gading Cemerlang
Penulis Lirik Lagu :
Ismail bin Haji Mansor
Pensyarah Muzik
IPG Tun Hussein Onn, Batu Pahat




Copyright © 2020 SMK SERI GADING | Unit ICT