Berita Hangat ! Selamat datang ke laman web SEGA

LENCANA DAN BENDERA SEKOLAH



PENGERTIAN SIMBOL LENCANA SEKOLAH


Kelalang dan Buku Terbuka :
Melambangkan akademik dalam bidang sains, sastera, vokasional dan teknik.

Bulu Tangkis:
Melambangkan keaktifan dalam bidang sukan.

Sepasang Gading:
Melambangkan kekuatan, ketahanan, dan ketinggian kualiti.

Orang sedang Membaca:
Melambangkan ketekunan dalam pengajian.

Kuning:
Melambangkan penyelidikan.

Biru Muda:
Melambangkan perpaduan dalam kalangan para pelajar dan semangat untuk menerima ilmu pengetahuan.

SG:
Memberi maksud Sri Gading Sekolah mempunyai misi dan visi untuk ke era “Sinar Gemilang”.

MOTTO :
Berusaha Berjaya Berjasa

Bentuk lencana adalah keratan rentas Bunga Raya, bunga kebangsaan kita dengan bahagian atasnya berkeluk tinggi rendah sebanyak lima buah melambangkan lima prinsip Rukun Negara.


******************************


BENDERA SEKOLAH



Warna Kuning : Keunggulan Pencapaian
  • Berusaha untuk mencapai matlamat / visi / misi sekolah.
  • Melestarikan pencapaian dalam jangka masa yang panjang / berkekalan.
  • Sedia bersaing dan menghadapi cabaran untuk mencapai keunggulan.

Warna Biru : Kesepaduan Bersama
  • Komitmen dan iltizam bersama untuk meningkatkan dan mengekalkan     pencapaian yang unggul.
  • Kejelekitan dan kesepaduan bersama antara guru, ibu bapa dan pelajar.

Warna Putih : Pembudayaan Nilai Murni & Integriti
  • Pembentukan akhlak yang berteraskan keimanan kepada Tuhan dan jati diri masyarakat Malaysia
  • Membentuk peribadi luhur, berfikiran positif dan berintegriti mulia.


Copyright © 2020 SMK SERI GADING | Unit ICT