Berita Hangat ! Selamat datang ke laman web SEGA

HALA TUJU,OBJEKTIF DAN DASAR SEKOLAH





HALA TUJU MATLAMAT SEKOLAH

Kami berazam dengan penuh iltizam akan menjana kecemerlangan
SMK SERI GADING dengan berfokus kepada lima aspek :

  • Meningkatkan kecemerlangan dalam bidang Kurikulum, Kokurikulum dan Sahsiah pelajar melalui pengurusan yang berkesan.
  • Meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar bagi mewujudkan suasana dan iklim sekolah yang selamat, bersih dan indah.
  • Melahirkan pemimpin negara untuk masa depan.
  • Meningkatkan kecemerlangan dalam bidang sains, teknologi dan teknologi maklumat.
  • Mendidik dan melahirkan modal insan yang kamil dalam semua bidang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 serta menambahkan komitmen warga sekolah terhadap tugas dan tanggungjawab.


OBJEKTIF SEKOLAH

Untuk merealisasikan objektif jangka panjang, kami bertekad dan berazam memenangi Anugerah atau pengiktirafan Peringkat Negeri / Kebangsaan :

  • Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK)
  •  Sekolah Lestari Kebangsaan
  • Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) Peringkat Negeri
  •  Pertandingan Nilam Kebangsaan
  • Meningkatkan kerjasama dan hubungan mesra dalam kalangan warga sekolah melalui Program
  • Pembangunan Staf dan Penyeliaan Terancang sekurang-kurangnya tiga kali setahun.

DASAR SEKOLAH

  • Melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan rancangan-rancangan lain yang ditetapkan oleh kerajaan dengan licin dan memuaskan.
  • Berusaha dan menggembleng tenaga yang ada bagi mencapai objektif-objektif sekolah.
  • Segala masalah sekolah adalah masalah bersama.
  •  Bekerja dalam satu pasukan dan satu keluarga.
  • Mengadakan hubungan yang rapat dengan agensi awam dan agensi swasta.
  • Mewujudkan hubungan yang rapat dengan ibu bapa / penjaga murid-murid dan masyarakat tempatan.
  • Membentuk satu kumpulan guru yang benar-benar bersifat profesional.
  • Mengamal cita-cita dan prinsip-prinsip Rukun Nagara serta prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang.
  • Menghayati dan mengamal ajaran agama.
  • Setiap warga sekolah bertanggungjawab terhadap tugas yang diberi.
  • Mengamalkan objektiviti dalam sebarang penilaian.
  • Mengamalkan kerja-kerja yang sistematikdan kemas kini.


Copyright © 2020 SMK SERI GADING | Unit ICT